EXCO: Karnival Agensi Islam Selangor diperluas ke lebih banyak daerah

27 Jun 2026, 6:00 AM
EXCO: Karnival Agensi Islam Selangor diperluas ke lebih banyak daerah
EXCO: Karnival Agensi Islam Selangor diperluas ke lebih banyak daerah
EXCO: Karnival Agensi Islam Selangor diperluas ke lebih banyak daerah
EXCO: Karnival Agensi Islam Selangor diperluas ke lebih banyak daerah

RAWANG, 27 JUN: Karnival Agensi Islam Selangor akan diperluas ke beberapa daerah lain bagi memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat serta mengenali peranan agensi agama.

Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata pengisian karnival itu akan terus dipertingkat dan disesuaikan dari semasa ke semasa agar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

“Karnival ini melibatkan semua agensi-agensi agama di mana kita buat sedikit pameran dan ini peluang untuk rakyat mengenali dengan lebih dekat fungsi-fungsi agensi-agensi tersebut.

“Contohnya fatwa, ataupun macam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), agensi pengurusan hibah termasuk juga di sini kita tunjuk satu lagi aspek urusan agama Islam iaitu kita memayungi dan menjaga usahawan-usahawan halal yang ada di Selangor.

“Kita buat tiga zon tahun ini, tetapi kalau bersesuaian mungkin buat setiap daerah kita buat satu. Jadi kita masih dalam peringkat tersebut (pengujian) tetapi nampaknya penerimaan sangat baik,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis perasmian Karnival Agensi Islam Selangor Zon 1 di Masjid Cahaya Iman Bandar Country Homes di sini semalam.

Pada masa sama, Mohammad Fahmi memaklumkan pelaksanaan pengisian program di dua zon karnival kemungkinan sedikit berbeza bagi memastikan penganjurannya lebih menarik.

“Kita akan melihat feedback dan balasan daripada siri pertama ini, mungkin kita akan ubahkan sedikit.

“Selepas siri ketiga itu nanti, saya rasa kita akan boleh muktamadkan apa yang terbaik untuk kita buat yang lebih besar selepas ini,” ujarnya.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad itu melibatkan beberapa agensi antaranya MAIS, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.

Agensi persekutuan pula seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Lembaga Tabung Haji dan Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Bagi memastikan lebih ramai rakyat menerima manfaat, karnival tersebut akan diteruskan di Masjid Puncak Alam, Kuala Selangor pada 3 hingga 5 Julai dan Masjid As-Solihin Kanchong Darat, Banting pada 10 hingga 12 Julai depan.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.