Industri robotik berdepan cabaran AI, inovasi kini satu keperluan

16 Ogos 2026, 1:59 PM
Industri robotik berdepan cabaran AI, inovasi kini satu keperluan
Industri robotik berdepan cabaran AI, inovasi kini satu keperluan
Industri robotik berdepan cabaran AI, inovasi kini satu keperluan

SHAH ALAM, 16 OGOS: Industri robotik kini bukan lagi sekadar berkaitan dengan pengekodan dan pengaturcaraan semata-mata, kata EXCO pembudayaan inovasi.

Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata sebaliknya industri robotik kini berdepan dengan cabaran kecerdasan buatan (AI) seiring kepesatan teknologi.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Industri Halal dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah berucap Majlis Perasmian Penutup PKNS Robotic Challenge 2026 di SACC Mall Shah Alam pada 16 Ogos 2026.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

“Dahulu cabaran industri robotik pengekodan dan pengaturcaraan, tetapi sekarang kita ada AI yang bukan sekadar berkait dengan pengawalan sahaja.

“Malah, penginovasian kini bukan lagi pilihan sebaliknya menjadi keperluan yang mana jika tiada inovasi habislah.

“Saya teringat ketika mengadakan kawatan di China, penghasilan robot melibatkan pelajar sekolah rendah yang mana mereka bukan sekadar mencipta tetapi melakukan programming,” ucapnya pada majlis perasmian PKNS Robotic Challenge 2026 hari ini.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Industri Halal dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah menyampaikan mok cek kepada Juara PKNS Robotic Challenge iaitu Sekolah SMK La Salle Petaling Jaya pada 16 Ogos 2026 di SACC Mall Shah Alam.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Terdahulu, program anjuran Bahagian Inovasi PKNS itu berlangsung selama dua hari melibatkan penyertaan 48 pelajar daripada 12 sekolah menengah di Selangor.

Pertandingan berkonsepkan Battle Soccerbot Challenge itu menguji keupayaan peserta mereka bentuk, membangunkan dan mengendalikan robot menggunakan teknologi automasi, pengaturcaraan serta pencetakan 3D.

Dalam pertandingan tersebut, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle dinobatkan sebagai johan manakala SMK Seksyen 9 pula naib johan.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.