Hulu Selangor, Gombak dan Petaling dijangka hujan lebat hingga 8 malam

25 Jun 2026, 9:52 AM
Hulu Selangor, Gombak dan Petaling dijangka hujan lebat hingga 8 malam

SHAH ALAM, 25 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tiga daerah di Selangor sehingga jam 8 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan daerah terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak dan Petaling.

Amaran sama turut melibatkan Kuala Lumpur, selain Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

"Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," menurut kenyataan agensi itu.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.