Dusun Tua sedia terima atlet, penyokong badminton dan silat SUKMA 2026

24 Jun 2026, 3:00 AM
Dusun Tua sedia terima atlet, penyokong badminton dan silat SUKMA 2026
Dusun Tua sedia terima atlet, penyokong badminton dan silat SUKMA 2026
Dusun Tua sedia terima atlet, penyokong badminton dan silat SUKMA 2026

SHAH ALAM, 24 JUN: Dewan dan kemudahan sukan di kawasan Dusun Tua kini berada pada persiapan peringkat akhir bagi menerima atlet serta penyokong sempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Datuk Wira Johan Abdul Aziz berkata Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua akan menjadi tempat bagi acara sukan badminton.

Menurutnya, dewan berkenaan telah dinaik taraf mengikut piawaian antarabangsa bagi memastikan pertandingan dapat berlangsung dalam keadaan yang terbaik.

“Persiapan berjalan lancar dan kita mengalu-alukan peminat badminton dari seluruh negara untuk hadir memberi sokongan kepada atlet yang bertanding,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata acara silat pula akan berlangsung di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Tambahnya, persiapan bagi acara itu juga hampir siap dengan atlet-atlet silat kini menjalani latihan berpusat sebagai persediaan menghadapi kejohanan.

“Kita juga mengalu-alukan penyokong silat untuk hadir memberi sokongan kepada atlet.

“Venue pertandingan mempunyai kapasiti besar dan mampu menampung kehadiran ribuan penonton,” katanya.

Menurutnya lagi, kontinjen silat Selangor menetapkan sasaran lapan pingat dan yakin mampu mencatat pencapaian cemerlang edisi SUKMA kali ini. 

SUKMA 2026 akan berlangsung di Selangor bermula pada 15 hingga 24 Ogos. 

Sebanyak 469 acara dipertandingkan daripada 37 jenis sukan akan dipertandingkan di sembilan daerah membabitkan 52 gelanggang pertandingan manakala Para SUKMA melibatkan 10 jenis sukan dan 316 acara di daerah Petaling serta Klang. 

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.