Barangan keperluan lebih murah di enam lokasi Jualan Rahmah Selangor hari ini

22 Jun 2026, 11:50 PM
Barangan keperluan lebih murah di enam lokasi Jualan Rahmah Selangor hari ini

SHAH ALAM, 23 JUN: Penduduk di enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor berpeluang mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah menerusi Program Jualan Rahmah Madani yang berlangsung hari ini.

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu akan diadakan bermula dari jam 9 pagi hingga 1 petang di:

  • Dewan Orang Ramai Kanchong Darat, DUN Morib

  • Jalan 38, Kampung Cheras Baru, DUN Pandan

  • Masjid Jamek At-Tuqo, Parit 1 Sungai Sireh, DUN Sungai Burong

  • Kediaman Ketua Kampung Bukit Hijau, DUN Jeram

Sementara itu, sesi petang dari 3.30 petang hingga 6.30 petang akan berlangsung di:

  • Masjid Jameul Huda, Parit 7 Ban 2, DUN Sekinchan

  • Pangsapuri Ukay Indah, DUN Bukit Antarabangsa

Program Jualan Rahmah Madani merupakan antara inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup.

Orang ramai yang berada berhampiran lokasi terlibat disaran mengambil peluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian yang ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.