Hujan lebat dijangka landa Selangor, beberapa negeri hingga 5 petang

21 Jun 2026, 7:35 AM
Hujan lebat dijangka landa Selangor, beberapa negeri hingga 5 petang

SHAH ALAM, 21 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga jam 5 petang hari ini.

MetMalaysia memaklumkan antara kawasan yang dijangka terjejas di Selangor ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran sama turut melibatkan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, cuaca buruk turut diramalkan berlaku di Perlis, beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Di Malaysia Timur, kawasan terlibat meliputi beberapa bahagian di Sarawak termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Di Sabah pula, amaran dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda cuaca yang menunjukkan hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Amaran berkenaan adalah amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.