JobCare Selangor 2026 tawar peluang kerjaya, temu duga terbuka

19 Jun 2026, 1:00 AM
JobCare Selangor 2026 tawar peluang kerjaya, temu duga terbuka

SHAH ALAM, 19 JUN: Orang ramai khususnya pencari kerja dijemput menghadiri Karnival Kerjaya JobCare Selangor 2026 yang akan berlangsung di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang pada 27 Jun ini.

Program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4 petang itu menyediakan pelbagai peluang pekerjaan selain memberi ruang kepada pencari kerja bertemu terus dengan majikan yang menawarkan kekosongan jawatan.

Selain sesi temu duga terbuka, pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat kaunseling kerjaya bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran dan mengenal pasti peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.

Karnival berkenaan turut menampilkan pameran agensi kerajaan, saringan serta promosi kesihatan, selain perkhidmatan pendaftaran MYFutureJobs yang dikendalikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Orang ramai yang berminat disaran membawa resume atau curriculum vitae (CV) terkini serta salinan sijil berkaitan bagi memudahkan proses temuduga dan penilaian oleh majikan.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua.

Karnival Kerjaya JobCare Selangor 2026 dianjurkan Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asli dan Minoriti Selangor bersama PERKESO Selangor.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.