JobCare Selangor bermula esok, ribuan jawatan ditawarkan

10 Apr 2026, 5:38 AM
JobCare Selangor bermula esok, ribuan jawatan ditawarkan

SHAH ALAM, 10 APRIL: Karnival Jelajah JobCare Selangor memulakan siri pertama di daerah Kuala Langat esok, bertempat di Kolej MCS, Banting.

Menghimpunkan lebih 300 majikan daripada pelbagai industri, orang ramai dijemput hadir ke karnival yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Program anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Selangor itu akan dirasmikan EXCO Sumber Manusia V Papparaidu.

Karnival kerjaya berkenaan bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan, malah membolehkan pencari kerja menjalani temu duga secara langsung serta berinteraksi terus dengan majikan.

Pengunjung disaran membawa resume, salinan sijil akademik dan dokumen berkaitan.

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan https://myfuturejobs.gov.my/event/karnival-jelajah-lindung-kerjaya-jobcare-daerah-kuala-langat.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri merancang sembilan siri Jelajah JobCare tahun ini, bermula di Kuala Langat sebagai usaha memperluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor.

Karnival itu menyasarkan sehingga 40,000 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai sektor, selain menampilkan dua segmen utama iaitu JobCare Istimewa dan JobCare Premium.

Sebelum ini, ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026, Dato’ Menteri Besar memaklumkan karnival jelajah itu akan ditambah baik tahun depan, termasuk melibatkan program pensijilan dan pembangunan kemahiran.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif berkenaan dalam usaha menangani isu pengangguran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.