Lawatan Program Penaung Diraja perkukuh hubungan Selangor dan F&N - MB

18 Jun 2026, 8:27 AM
Lawatan Program Penaung Diraja perkukuh hubungan Selangor dan F&N - MB
Lawatan Program Penaung Diraja perkukuh hubungan Selangor dan F&N - MB
Lawatan Program Penaung Diraja perkukuh hubungan Selangor dan F&N - MB
Lawatan Program Penaung Diraja perkukuh hubungan Selangor dan F&N - MB

KLANG, 18 JUN: Lawatan Program Penaung Diraja Invest Selangor Bersama Industri ke kilang pemprosesan Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) di Pulau Indah yang disertai Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Dato’ Menteri Besar memperkukuh hubungan syarikat itu dengan Kerajaan Negeri.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata lawatan berkenaan membuka peluang untuk meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan pemain industri utama selain memahami perkembangan semasa sektor berkenaan.

Menurut beliau, kehadiran F&N yang telah lama bertapak di Selangor menerusi fasiliti di Pulau Indah, Rawang dan Shah Alam membuktikan sumbangan syarikat itu kepada sektor pembuatan negeri.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah diiringi Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkenan melawat kilang F&N Dairies ketika Program Penaung Diraja Invest Selangor Bersama Industri di F&N Dairies Sdn Bhd Pulau Indah, Klang pada 18 Jun 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

"F&N bukan hanya di Pulau Indah, malah ada di Rawang dan Shah Alam.

"Pulau Indah salah satu lokasi pengeluarannya yang mengeluarkan pelbagai produk untuk kegunaan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke F&N Dairies Manufacturing Sdn Bhd di Taman Perindustrian Pulau Indah, hari ini.

Amirudin berkata produk keluaran F&N, khususnya produk tenusu, menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.

"Kalau kita minum teh tarik, saya rasa lebih separuh adalah sumbangan daripada F&N menerusi produk susu dan sebagainya," katanya.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan EXCO Pelaburan Ng Sze Han cuba membuat teh tarik sambil diperhatikan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ketika Program Penaung Diraja Invest Selangor Bersama Industri di F&N Dairies Sdn Bhd Pulau Indah, Klang pada 18 Jun 2026. Hadir sama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Fasiliti F&N bernilai RM370 juta di Pulau Indah berfungsi sebagai hab pembuatan dan eksport yang menghasilkan produk tenusu serta minuman untuk pasaran Malaysia dan 45 negara lain.

Fasiliti itu turut menyumbang kepada ekonomi tempatan menerusi penyediaan peluang pekerjaan, penglibatan dalam rantaian bekalan serta perbelanjaan melebihi RM200 juta setahun bagi pembelian bahan mentah.

Dalam lawatan tersebut, Tengku Amir Shah turut melawat tapak memorial yang menempatkan pokok ditanam Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena pelancaran fasiliti F&N itu pada 2013.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.