MBPJ bangun koridor hijau bandar di Kelana Jaya, siap Oktober

16 Jun 2026, 6:00 AM
MBPJ bangun koridor hijau bandar di Kelana Jaya, siap Oktober
MBPJ bangun koridor hijau bandar di Kelana Jaya, siap Oktober

SHAH ALAM, 16 JUN: Projek Placemaking Denai Hijau @ Lengkok Golf SS7 di The Spine@PJ Kita, Kelana Jaya dijangka siap sepenuhnya pada Oktober ini.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan projek berkenaan merupakan antara inisiatif pihaknya untuk menyediakan ruang awam yang lebih mampan, selesa dan inklusif bagi kegunaan komuniti setempat.

"Bagi memastikan projek ini berjalan lancar, MBPJ menganjurkan sesi libat urus bersama komuniti bagi mendapatkan maklum balas penduduk setempat terhadap cadangan reka bentuk projek ini.

"Justeru, sebanyak 10 cadangan reka bentuk telah dibentangkan oleh barisan finalis yang terdiri daripada pelajar Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk dinilai sebelum reka bentuk terbaik dipilih bagi pelaksanaan projek berkenaan," katanya.

Menurut MBPJ, UiTM merupakan rakan strategik bagi projek tersebut.

Cadangan reka bentuk projek itu melibatkan transformasi rizab Parit Hujan Lebat di Jalan SS7/6, Kelana Jaya kepada sebuah koridor hijau bandar yang lebih selamat, aktif dan mesra pengguna.

Turut hadir pada program berkenaan adalah Ahli Majlis MBPJ Zon 22, Mohamed Hamka Mohamed Jumah dan Pengerusi KRT Lengkok Golf SS7, Datuk Lamien Sawiyo.

Selain itu, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Nazihah Jaafar serta Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Fakulti Alam Bina (FAB) UiTM Puncak Alam, Prof. TPr. Dr. Yusfida Ayu Abdullah.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.