Amaran Ribut petir, hujan lebat empat daerah Selangor hingga 7 malam

15 Jun 2026, 8:11 AM
Amaran Ribut petir, hujan lebat empat daerah Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 15 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Selangor sehingga jam 7 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan daerah terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda cuaca yang menunjukkan hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Agensi itu menjelaskan amaran berkenaan adalah amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.