MPP Zon 1 juara Kejohanan Bola Sepak Junior MBSJ 2026

15 Jun 2026, 5:28 AM
MPP Zon 1 juara Kejohanan Bola Sepak Junior MBSJ 2026

SHAH ALAM, 15 JUN: MPP Zon 1 muncul juara Kejohanan Bola Sepak Junior Antara Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2026 bagi kategori bawah 12 tahun yang berlangsung baru-baru ini.

MBSJ memaklumkan kejohanan itu disertai 24 pasukan yang mewakili zon-zon MPP di kawasan pentadbirannya.

Menurut MBSJ, pertandingan tersebut menjadi platform untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat muda dalam sukan bola sepak.

“Kejohanan ini turut memupuk nilai disiplin, semangat kesukanan serta kerjasama berpasukan dalam kalangan peserta,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Datuk Bandar MBSJ, Dato' Amirul Azizan Abd Rahim, turut hadir menyaksikan perlawanan akhir sebelum menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bersama Ahli-Ahli Majlis MBSJ.

MBSJ turut merakamkan ucapan tahniah kepada MPP Zon 1 atas kejayaan muncul juara kejohanan berkenaan.

Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan itu menghargai komitmen, disiplin dan semangat kesukanan yang ditunjukkan semua pasukan sepanjang kejohanan berlangsung.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.