853 ahli TAWAS kelahiran 2008 di DUN Rawang terima RM1,500 seorang

15 Jun 2026, 4:54 AM
853 ahli TAWAS kelahiran 2008 di DUN Rawang terima RM1,500 seorang

SHAH ALAM, 15 JUN: Seramai 853 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) kelahiran 2008 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang menerima manfaat RM1,500 seorang, melibatkan keseluruhan agihan sebanyak RM1,279,500.

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) memaklumkan sumbangan itu disalurkan menerusi pindahan wang elektronik (EFT) dan Touch ‘n Go eWallet, dalam program yang disempurnakan Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat.

“YAWAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat, rakan strategik, petugas serta para pengunjung yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.

“Semoga segala perkongsian dan manfaat yang disampaikan dapat membantu lebih ramai anak muda Selangor melakar masa depan yang lebih cemerlang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Program yang berlangsung di Dewan JPKK Kampung Kenanga pada 13 Jun lalu itu turut memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM mengenai peluang melanjutkan pengajian serta perancangan kerjaya bagi membantu pelajar membuat keputusan lebih tepat.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.