Wakil rakyat Rawang mahu lokasi loji WTE Batu Arang dikaji semula

23 Sep 2026, 12:15 AM
Wakil rakyat Rawang mahu lokasi loji WTE Batu Arang dikaji semula
Wakil rakyat Rawang mahu lokasi loji WTE Batu Arang dikaji semula

SHAH ALAM, 23 SEPT: Kebimbangan penduduk terhadap cadangan pembinaan loji sisa kepada tenaga (WTE) di Batu Arang wajar diberi perhatian kerana tapaknya bukan sahaja terletak berhampiran kawasan perumahan, malah melibatkan sebuah bandar warisan berusia lebih 100 tahun, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Chua Wei Kiat.

Batu Arang merupakan bandar warisan yang dibangunkan pada awal 1910-an dan mempunyai beberapa tinggalan bersejarah termasuk kilang bata berusia lebih 100 tahun, deretan rumah kedai dari era 1920-an serta sebuah pejabat pos lama.

Wei Kiat berkata kebimbangan penduduk bahawa pembinaan loji industri itu boleh menjejaskan suasana warisan Batu Arang serta tarikan ekopelancongan, aktiviti mendaki dan berbasikal di kawasan berkenaan boleh difahami.

“Walaupun kerajaan sudah memberi penjelasan mengenai projek ini, kita faham penduduk masih bimbang, terutama kerana mereka sudah tinggal di bandar warisan yang berusia lebih 100 tahun ini.

“Perkara ini menimbulkan banyak kebimbangan, khususnya berkaitan isu alam sekitar yang selama ini dinikmati penduduk,” katanya ketika dihubungi Media Selangor semalam.

Tapak cadangan Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah (SIS) terletak di sempadan Rawang-Batu Arang. Secara fizikal, projek berkenaan berada di Rawang tetapi kawasan perumahan padat yang paling hampir turut meliputi kawasan Kuang.

Projek itu dibangunkan KDEB Waste Management dengan kerjasama YTL Power International.

Antara kawasan berhampiran ialah Bandar Tasik Puteri, Kota Puteri dan Kampung Batu Arang yang terletak dalam lingkungan satu hingga lima kilometer dari tapak projek.

Kemudahan yang dirancang itu pula terletak kira-kira 500 hingga 600 meter dari kediaman sedia ada dan berhampiran 11 sekolah.

BERITA PENUH DI SINI

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.