Tiga projek naik taraf jalan di Rawang siap, satu lagi capai 90 peratus

10 Okt 2026, 2:00 AM
Tiga projek naik taraf jalan di Rawang siap, satu lagi capai 90 peratus
Tiga projek naik taraf jalan di Rawang siap, satu lagi capai 90 peratus

SHAH ALAM, 10 OKT: Tiga daripada empat projek naik taraf jalan di Rawang siap dilaksanakan, manakala satu lagi mencapai kemajuan 90 peratus menerusi peruntukan penyelenggaraan jalan di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata empat projek membabitkan peruntukan keseluruhan RM3.69 juta itu bertujuan meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya penduduk setempat.

Menurutnya, tiga projek yang siap membabitkan Jalan Persiaran Puteri Height di Bandar Country Homes dengan kos RM590,000, Jalan Tokong Cina di Pekan Rawang (RM270,000) dan Jalan Persiaran Pelangi di Taman Pelangi (RM530,000).

Sementara itu, projek naik taraf Jalan Persiaran Rawang 1 di Rawang Integrated dengan peruntukan RM2.3 juta kini mencapai kemajuan sekitar 90 peratus.

“Bagi projek di Rawang Integrated, bukan sahaja jalan diturap semula, malah laluan pejalan kaki dan pagar keselamatan turut dibina untuk memastikan penduduk dapat bergerak dengan lebih selamat,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Wei Kiat berkata pelaksanaan projek berkenaan bukan sekadar menambah baik keadaan jalan, malah memberi tumpuan kepada keselamatan dan keselesaan penduduk yang menggunakan laluan terbabit setiap hari.

“Bagi kami, naik taraf jalan bukan sekadar nak bagi jalan nampak cantik, tetapi yang lebih penting ialah keselesaan dan keselamatan penduduk yang menggunakannya setiap hari,” katanya.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.