Pesta Duanwu jadi medium perkukuh perpaduan masyarakat di Banting

14 Jun 2026, 6:00 AM
Pesta Duanwu jadi medium perkukuh perpaduan masyarakat di Banting

SHAH ALAM, 14 JUN: Sambutan Pesta Duanwu menerusi program "Ketupat Harmoni, Pengisian Cinta" di Taman Melati, Banting berupaya menjadi medium memperkukuh perpaduan masyarakat melalui penghayatan budaya pelbagai kaum.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Banting, V Papparaidu berkata program seumpama itu memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali dah memahami tradisi kaum lain dengan lebih dekat.

Menurut beliau, antara tarikan utama program berkenaan ialah demonstrasi penyediaan bak chang atau ketupat masyarakat Cina yang sinonim dengan sambutan Pesta Duanwu.

“Hidangan yang diperbuat daripada beras pulut dan dibungkus menggunakan daun buluh bukan sahaja mempunyai keunikan tersendiri, malah melambangkan nilai kekeluargaan, kebersamaan dan penghargaan terhadap warisan budaya yang diwarisi turun-temurun.

“Melalui program seperti ini, kita dapat mengenali dan memahami tradisi masyarakat lain dengan lebih dekat sekali gus memperkukuhkan semangat perpaduan serta keharmonian dalam kalangan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu beliau menghadiri program “Ketupat Harmoni, Pengisian Cinta” sempena sambutan Pesta Duanwu yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Taman Melati, Banting hari ini.

Menurutnya, kepelbagaian budaya yang wujud di negara ini perlu terus dipelihara dan diraikan kerana ia menjadi kekuatan dalam membina masyarakat yang bersatu padu dan saling menghormati.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur serta komuniti setempat yang menjayakan program berkenaan.

“Semoga semangat muhibah dan perpaduan yang dipupuk menerusi program seperti ini akan terus mekar demi kemajuan dan kesejahteraan bersama,” katanya.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.