MBDK ambil tindakan enam rumah jadi premis perniagaan haram

13 Jun 2026, 12:30 PM
MBDK ambil tindakan enam rumah jadi premis perniagaan haram
MBDK ambil tindakan enam rumah jadi premis perniagaan haram
MBDK ambil tindakan enam rumah jadi premis perniagaan haram

SHAH ALAM, 13 JUN: Enam rumah yang disalah guna sebagai premis pelbagai perniagaan tanpa lesen dikesan dalam Operasi Bersepadu Premis Warga Asing yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di Klang Utara baru-baru ini.

MBDK memaklumkan rumah terbabit dikesan menjalankan aktiviti perniagaan haram di Jalan Teratai melibatkan kedai runcit, kedai makan, perkhidmatan gunting rambut serta penjualan minuman keras.

MBDK dalam kenyataan memaklumkan tindakan penguatkuasaan segera diambil terhadap premis yang melanggar syarat pelesenan dan menyalahgunakan bangunan.

“Susulan penemuan itu, pihak berkuasa bertindak menyita peralatan serta barangan perniagaan yang terdapat di premis berkenaan selain memasang pita halangan sebagai langkah menghentikan operasi dengan serta-merta.

“Majlis menegaskan tiada kompromi terhadap pihak yang melanggar syarat pelesenan, menyalahgunakan bangunan atau mengganggu ketenteraman awam selain akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan,” katanya menerusi Facebook.

Dalam operasi sama di Jalan Abadi, Meru, sebuah premis turut dikesan menjalankan pelbagai perniagaan tanpa lesen melibatkan kedai runcit, kedai makan, gunting rambut, membaiki basikal selain dijadikan stor simpanan ayam hidup dan tong gas petroleum cecair (LPG).

Menurut MBDK, lapan borang inventori dikeluarkan bagi menyita barangan perniagaan mengikut peruntukan undang-undang kecil berkaitan pelesenan perniagaan, makanan dan pusat kecantikan.

Operasi bersepadu itu membabitkan Jabatan Bangunan, Jabatan Penguatkuasa, Jabatan Pelesenan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Komunikasi Korporat serta wakil ahli majlis sebagai sebahagian usaha berterusan membanteras aktiviti perniagaan haram di kawasan pentadbiran MBDK.

MBDK berkata, tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan pematuhan undang-undang sekali gus memelihara kesejahteraan, kebersihan dan keharmonian komuniti setempat.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.