Gombak, Petaling antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

13 Jun 2026, 8:43 AM
Gombak, Petaling antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 13 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Selangor sehingga jam 7 malam ini.

Menurut METMalaysia, kawasan terlibat di Selangor ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat selain Kuala Lumpur.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

METMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda cuaca yang menunjukkan hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Katanya, amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.