Selangor tiada halangan dedah laporan siasatan letupan Putra Heights

12 Jun 2026, 10:00 AM
Selangor tiada halangan dedah laporan siasatan letupan Putra Heights

KUALA SELANGOR, 12 JUN: Kerajaan Negeri bersedia mendedahkan laporan penuh siasatan insiden letupan paip gas di Putra Heights kepada umum sebaik memperoleh lampu hijau daripada Kerajaan Persekutuan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Selangor tidak mempunyai sebarang halangan untuk menyiarkan laporan berkenaan kerana sejak awal lagi Kerajaan Negeri berpendirian hasil siasatan perlu didedahkan secara telus kepada rakyat.

Bagaimanapun, katanya, laporan itu turut melibatkan agensi Persekutuan termasuk PETRONAS serta beberapa perkara berkaitan prosiding mahkamah yang memerlukan penelitian sebelum ia boleh diumumkan.

“Pendirian Kerajaan Negeri daripada hari pertama memang mahu mendedahkan keseluruhan laporan tersebut. Saya tiada masalah dan kita akan minta supaya ia didedahkan.

“Cuma ada beberapa perkara melibatkan agensi Persekutuan dan urusan mahkamah yang perlu diambil kira kerana ia bukan di bawah bidang kuasa negeri sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Operasi Loji Sisa ke Tenaga 1 (WTE1) Jeram di Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu (ISWMC) Jeram, hari ini.

Menurut Amirudin, laporan siasatan bebas yang disediakan jawatankuasa khas dan disemak di lapangan telah siap sepenuhnya serta akan dikemukakan kepada umum secepat mungkin.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.