MB: Laporan penuh letupan paip gas Putra Heights didedah hujung tahun

17 Ogos 2026, 12:47 PM
MB: Laporan penuh letupan paip gas Putra Heights didedah hujung tahun
MB: Laporan penuh letupan paip gas Putra Heights didedah hujung tahun
MB: Laporan penuh letupan paip gas Putra Heights didedah hujung tahun
MB: Laporan penuh letupan paip gas Putra Heights didedah hujung tahun
MB: Laporan penuh letupan paip gas Putra Heights didedah hujung tahun

SHAH ALAM, 17 OGOS: Laporan penuh insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights tahun lalu dijangka didedahkan kepada umum pada suku terakhir tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri bersedia berbuat demikian, namun masih menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan memandangkan perkara itu turut melibatkan beberapa agensi dan syarikat milik kerajaan Persekutuan.

"Kita bersedia pada bila-bila masa. Saya cuma menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan sama ada Kabinet membenarkan kita membukanya kepada umum.

"Bagi kita tiada masalah untuk mendedahkannya, tetapi ia turut berkaitan beberapa agensi Kerajaan Persekutuan dan syarikat milik kerajaan. Jadi, ia bukan sepenuhnya di bawah bidang kuasa kita," katanya.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Smartsel Sdn Bhd dan PG Linkaran Fibre Sdn Bhd serta penyempurnaan projek Fiberisasi-Cyberjaya di Hotel Concorde, Shah Alam pada 17 Ogos 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara SmartSel Sdn Bhd dan PG Linkaran Fibre Sdn Bhd serta penyempurnaan Projek Fiberisasi Cyberjaya di sini, hari ini.

Menurutnya, sekiranya masih tiada keputusan daripada Kerajaan Persekutuan, beliau akan mendapatkan pandangan penasihat undang-undang negeri bagi menentukan maklumat yang boleh didedahkan berdasarkan bidang kuasa Kerajaan Negeri.

"Kalau tiada, saya akan berbincang dengan penasihat undang-undang sama ada kita boleh membukanya kepada umum selagi ia berada dalam bidang kuasa kita.

"Sekurang-kurangnya perkara yang melibatkan kuasa pihak berkuasa tempatan dan sebagainya," ujarnya.

Beliau menjelaskan keputusan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat selepas sambutan Hari Kebangsaan.

"Selepas Merdeka, kita akan buat keputusan. Saya fikir nota sudah dihantar kepada Kerajaan Persekutuan sejak beberapa ketika dulu," katanya.

Insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights yang berlaku pada 1 April tahun lalu menyebabkan kemusnahan dan kerosakan kepada sejumlah kediaman serta kenderaan di kawasan terbabit.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.