Tiada masa berlengah, agenda kebajikan rakyat dan pembangunan mesti terus dipacu - KSN

12 Jun 2026, 8:06 AM
Tiada masa berlengah, agenda kebajikan rakyat dan pembangunan mesti terus dipacu - KSN

PUTRAJAYA, 12 JUN: Agenda kebajikan rakyat dan pembangunan negara mesti terus dipacu tanpa sebarang kelewatan bagi memastikan setiap dasar dan program kerajaan dapat diterjemahkan kepada manfaat yang lebih nyata kepada rakyat.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi hantaran Facebook berkata perkara itu antara fokus perbincangan mesyuarat Jemaah Menteri yang dihadirinya hari ini.

Beliau berkata mesyuarat yang bermula pada 9 pagi itu turut memberi tumpuan kepada usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh pemulihan ekonomi negara.

“Antara fokus mesyuarat hari ini penerusan ikhtiar kerajaan dalam pemulihan ekonomi dan seterusnya menterjemahkan setiap program serta dasar negara kepada impak yang lebih nyata untuk dirasai terus rakyat.

“Tiada masa untuk berlengah, malah jauh sekali bertelagah. Agenda kebajikan dan pembangunan negara mesti terus dipacu dengan laju,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.