Ribut petir, hujan lebat dijangka landa Selangor, KL dan beberapa negeri petang ini

12 Jun 2026, 7:52 AM
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa Selangor, KL dan beberapa negeri petang ini

SHAH ALAM, 12 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga jam 6 petang ini.

Di Semenanjung, kawasan terlibat ialah Kedah membabitkan Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu selain seluruh Pulau Pinang.

Di Perak, amaran melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar, manakala di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Turut dijangka mengalami cuaca buruk ialah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu di Terengganu, selain Jerantut, Bentong dan Rompin di Pahang.

Di Selangor, kawasan yang terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, selain Kuala Lumpur.

Bagi Johor, amaran cuaca buruk melibatkan Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat serta Labuan.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Amaran tersebut merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.