Pengerusi MAIS turun padang, dialog bersama 170 nazir masjid di Hulu Langat

11 Jun 2026, 12:30 PM
Pengerusi MAIS turun padang, dialog bersama 170 nazir masjid di Hulu Langat
Pengerusi MAIS turun padang, dialog bersama 170 nazir masjid di Hulu Langat

SHAH ALAM, 11 JUN: Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dato’ Salehuddin Saidin turun padang ke Hulu Langat kelmarin bagi menghadiri sesi dialog bersama 170 nazir masjid dan meninjau kemudahan institusi agama di daerah berkenaan.

MAIS memaklumkan sesi dialog yang berlangsung di Dewan Abu Bakar As-Siddiq, Pejabat Agama Islam Hulu Langat itu menghimpunkan nazir masjid dari seluruh daerah tersebut bagi bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa.

“Sesi tersebut menjadi platform komunikasi dua hala bagi membincangkan pelbagai isu dan cabaran semasa yang dihadapi dalam pengurusan masjid, selain memperkukuhkan peranan institusi masjid dalam menyantuni masyarakat setempat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Turut hadir Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Dato' Rosli Othman; Mufti Selangor Dato' Dr Anhar Opir serta EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr Mohamad Fahmi Ngah.

Dalam lawatan sama, Salehuddin turut meninjau tapak pembinaan Masjid Baiturrahman Alam Sari, Bangi bagi melihat perkembangan projek pembangunan institusi ibadah tersebut.

Menurut MAIS, lawatan kemudian diteruskan ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Batu 3, Masjid Batu 3 dan SRA Dusun Nanding bagi menilai keperluan prasarana serta kemudahan di institusi berkenaan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.