Selangor peruntuk RM50,000 geran aktiviti warga emas, 10 NGO terima manfaat

6 Jun 2026, 1:00 PM
Selangor peruntuk RM50,000 geran aktiviti warga emas, 10 NGO terima manfaat
Selangor peruntuk RM50,000 geran aktiviti warga emas, 10 NGO terima manfaat
Selangor peruntuk RM50,000 geran aktiviti warga emas, 10 NGO terima manfaat
Selangor peruntuk RM50,000 geran aktiviti warga emas, 10 NGO terima manfaat

SUBANG JAYA,6 JUN: Kerajaan Negeri memperuntuk sejumlah RM50,000 bagi penganjuran pelbagai program menerusi Geran Pemerkasaan Aktiviti Warga Emas (GAPS) 2026.

EXCO Wanita Anfaal Saari memaklumkan geran itu memanfaatkan 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mereka melaksanakan program atau aktiviti khas untuk warga emas.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari bercakap kepada media selepas majlis Jelajah Wanita Berdaya Tahan Zon Petaling di Dewan Serbaguna MBSJ SS15, Subang Jaya pada 6 Jun 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Geran Pemerkasaan Aktiviti Warga Emas kita umumkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku agensi persekutuan negeri yang mana Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM50,000.

“Melalui program geran tersebut, NGO-NGO telah memohon dan berdasarkan permohonan dan kesesuaian, kita telah memilih hanya 10. Ia bukan berterusan mungkin tahun 2027 formatnya berbeza dan kita akan pantau dari masa ke masa.

“Kerjasama yang erat dan strategik bukan hanya antara kerajaan dan agensi, bukan hanya Kerajaan Negeri dan (pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi juga merentas NGO dan juga sektor swasta,” katanya selepas merasmikan Jelajah Wanita Berdaya Tahan Selangor 2026 hari ini.

Mengulas lanjut, Anfaal memaklumkan setiap program atau aktiviti dilaksanakan dipantau oleh JKM Selangor bagi memastikan geran itu dimanfaatkan sebaiknya seiring hasrat Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Dedikasi Pantas, Suri Maryana Mamat berkata pihaknya akan memanfaatkan dana diberi untuk mengadakan aktiviti sukan bersesuaian bagi memastikan mereka kekal sihat.

Pengerusi Kelab Dedikasi Pantas, Suri Maryana Mamat

“Alhamdulillah sejak ditubuhkan kelab yang hampir empat tahun, ini merupakan pertama kali terima dana atau geran Kerajaan Negeri.

“Geran ini akan digunakan untuk memperkasakan warga emas iaitu berhasrat untuk buat sukan dalam kalangan warga emas. Kita ada dalam 180 orang supaya mereka kekal sihat,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.