Amaran cuaca buruk beberapa negeri termasuk Selangor hingga 5 petang

3 Jun 2026, 7:05 AM
Amaran cuaca buruk beberapa negeri termasuk Selangor hingga 5 petang

SHAH ALAM, 3 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 5 petang ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan terlibat di Semenanjung ialah Perlis; Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik; Terengganu (Setiu dan Kuala Nerus); Selangor (Gombak dan Hulu Langat); Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol); serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

Di Sarawak, amaran berkenaan melibatkan Selangau di Sibu; Matu, Dalat dan Mukah di Mukah; serta Song di Kapit.

Sementara itu, di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Ranau di Pantai Barat serta Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan di Bahagian Sandakan.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Menurut agensi itu, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.