SHAH ALAM, 30 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha.
Baginda menyeru seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan latar belakang terus memelihara semangat saling menghormati, bertoleransi dan hidup dalam suasana harmoni yang menjadi asas kekuatan negara ini.
Menerusi perutusan di Facebook Selangor Royal Office, Baginda bertitah kepelbagaian yang wujud bukanlah satu perbezaan yang memisahkan, sebaliknya merupakan khazanah yang mesti dipertahankan sebagai tonggak perpaduan negara.
“Justeru, marilah kita raikan setiap perayaan dengan semangat muhibah, saling memahami serta menghargai nikmat keamanan dan kestabilan yang masih kita kecapi hingga ke hari ini.
“Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha,” titah dalam perutusan tersebut.








