Kursus sembelihan tarik lebih 50 peserta, lahirkan pelapis muda ibadah korban

30 Mei 2026, 7:51 AM
Kursus sembelihan tarik lebih 50 peserta, lahirkan pelapis muda ibadah korban
Kursus sembelihan tarik lebih 50 peserta, lahirkan pelapis muda ibadah korban
Kursus sembelihan tarik lebih 50 peserta, lahirkan pelapis muda ibadah korban
Kursus sembelihan tarik lebih 50 peserta, lahirkan pelapis muda ibadah korban

SELAYANG, 30 MEI: Lebih 50 peserta dari pelbagai negara termasuk Singapura menyertai Kursus Penyembelihan Halal dan Pengurusan Korban 2026 sebagai usaha melahirkan generasi pelapis dalam ibadah korban.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer Anfaal Saari berkata kursus yang dianjurkan bulan lalu itu menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan bukan sahaja daripada penduduk setempat, malah peserta dari luar Selangor dan luar negara.

"Ini penting untuk kita mewariskan ilmu secara syarie dan kemahiran penyembelihan. Kita mahu lebar luaskan supaya ia tidak hanya terhenti kepada generasi lama, tetapi juga kepada generasi baru dan membina keberanian dan juga dapat menunaikan ibadah korban ni dengan penuh syarat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat DUN Taman Templer di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Selayang Baru 2 hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer Anfaal Saari bercakap pada media selepas Program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat DUN Taman Templer pada 30 Mei 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN / MEDIA SELANGOR

Menurut Anfaal, peserta yang berjaya menamatkan kursus berkenaan turut menerima sijil penyertaan selain sebahagian daripada mereka telah mula mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari.

"Ada peserta baharu yang terima sijil telah melakukan penyembelihan hari ini. Ia menjadi platform untuk mereka melaksanakan praktikal kepada ilmu yang telah dipelajari dalam kursus," katanya.

Terdahalu, sebanyak 13 ekor lembu dan 15 ekor kambing disembelih menerusi Program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat DUN Taman Templer hasil sumbangan Kerajaan Negeri serta peserta korban.

Dalam pada itu, Anfaal berpandangan prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan perlu sentiasa diperkemas termasuk dari aspek keselamatan petugas serta pengurusan pasca korban bagi memastikan pelaksanaan ibadah berjalan lancar.

"Bukan sahaja dari segi tatacara pengurusan haiwan-haiwan korban tapi juga dari segi taklimat keselamatan lebih awal kepada petugas, penonton, ahli kariah yang berada di sekitar terutamanya yang melibatkan nyawa.

"Pengurusan pasca korban iaitu dari segi kebersihan, bahagian pembuangan sisa, kulit dan sebagainya. Ini juga sebahagian daripada syariat di mana kita bukan saja melaksanakan ibadah tetapi pengurusan dari awal sehingga akhir menjaga keselamatan dan kebersihan," katanya.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 10 Ahmad Zahiri Zahid Sofian menyertai Program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat DUN Taman Templer pada 30 Mei 2026. . Foto AHMAD ZAKKI JILAN / MEDIA SELANGOR

Sementara itu, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 10 Ahmad Zahiri Zahid Sofian berkata penglibatan belia dalam program berkenaan memberangsangkan.

"Tahun ini kita bagi tugas khas kepada belia, kita nak mereka uruskan sendiri.

"Selain pendedahan, ini lah masa untuk pemuda keluar bergaul dengan masyarakat," katanya.

Sependapat dengannya, Guru Besar SK Selayang Baru 2 Abd Rahim Hassan menzahirkan rasa syukur apabila sekolah berkenaan dipilih sebagai lokasi penganjuran program.

Katanya, penganjuran program itu selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memasyarakatkan sekolah, selain membuktikan institusi pendidikan mampu menjadi pusat kegiatan komuniti.

"Kita dapat kongsi kemudahan dengan masyarakat setempat. InsyaAllah kita akan teruskan pada masa hadapan," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.