Trend pendapatan sampingan pacu ekosistem niaga di GM Klang

29 Mei 2026, 1:20 AM
Trend pendapatan sampingan pacu ekosistem niaga di GM Klang
Trend pendapatan sampingan pacu ekosistem niaga di GM Klang

KLANG, 29 MEI: Seiring perkembangan trend pendapatan sampingan dan perniagaan digital masa kini, semakin ramai individu dan usahawan mula meneroka peluang bisnes secara kecil-kecilan melalui platform e-dagang di samping menjalankan perniagaan secara fizikal.

Bermula sebagai sumber pendapatan tambahan, ramai dalam kalangan usahawan hari ini dilihat berjaya mengembangkan perniagaan mereka secara lebih serius selari dengan perubahan trend perniagaan dan gaya pembelian pengguna semasa.

Perubahan trend ini turut memperlihatkan bagaimana GM Klang kini bukan lagi sekadar destinasi pembelian borong, tetapi berkembang sebagai hab bisnes moden yang menghimpunkan pelbagai komuniti usahawan dan kategori perniagaan dalam satu ekosistem yang lebih dinamik.

Dengan gabungan elemen pemborongan, runcit dan gaya hidup serta konsep pembelian sehenti yang lebih praktikal, GM Klang terus menjadi antara pilihan utama bagi usahawan moden untuk mendapatkan stok, membina jaringan perniagaan, mengembangkan jenama serta mengikuti perkembangan trend pasaran semasa.

Menurut Encik Vincent Liew, Pengarah HSQ Trading Sdn. Bhd., beliau telah lama terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk dropship dan jualan dalam talian sebelum kini memberi fokus sepenuhnya kepada pembangunan jenama sendiri iaitu Dr. Flask, sebuah perniagaan tumbler boleh suai dengan cetakan nama dan logo peribadi. Beliau menyifatkan perkembangan platform digital dan media sosial pada masa kini banyak membantu usahawan berkembang dengan lebih pantas dan fleksibel.

“Sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan, saya pernah mencuba pelbagai model bisnes sebelum mula fokus membangunkan Dr. Flask. Dengan sokongan komuniti perniagaan di GM Klang, perniagaan kami semakin berkembang sehingga kini mempunyai beberapa unit di sini.

“Pada saya, platform digital dan kedai fizikal saling melengkapi. Platform digital membantu pemasaran dan mengikuti trend semasa, manakala kedai fizikal pula penting untuk membina keyakinan pelanggan terhadap jenama dan produk,” katanya yang merupakan antara usahawan tempatan yang berkembang bersama ekosistem perniagaan di GM Klang.

Dengan perubahan landskap perniagaan yang semakin dinamik, GM Klang optimis untuk terus memperkukuh peranannya sebagai hab bisnes moden yang bukan sahaja memenuhi keperluan perdagangan dan pembelian, malah menjadi platform yang membuka lebih banyak peluang, jaringan dan inspirasi kepada komuniti usahawan serta generasi perniagaan baharu masa kini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.