SHAH ALAM, 25 MEI: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah sehingga 4 petang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, di Selangor, hujan dijangka melanda daerah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
Di Perak, kawasan terlibat ialah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar manakala di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Sementara di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Kuantan dan Rompin; Negeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta di Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).
Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau) manakala di Sabah pula Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.
Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.











