Program STEM perkasa pendidikan, komuniti Kota Damansara

19 Mei 2026, 3:08 AM
Program STEM perkasa pendidikan, komuniti Kota Damansara
Program STEM perkasa pendidikan, komuniti Kota Damansara
Program STEM perkasa pendidikan, komuniti Kota Damansara
Program STEM perkasa pendidikan, komuniti Kota Damansara

SHAH ALAM, 19 MEI: Program Motivasi STEM Pelajar dan Komuniti Kota Damansara membuka ruang kepada pelajar serta masyarakat setempat mendalami pendidikan, kemahiran dan pembangunan diri menerusi pelbagai aktiviti interaktif di Surau Al Mujahirin, Kota Damansara baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara, Izuan Kasim berkata program berkenaan menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana santai tetapi penuh pengisian bermanfaat.

Menurutnya, peserta diberi pendedahan berkaitan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) selain peluang pendidikan lebih tinggi menerusi sesi khas yang disediakan.

“Peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian termasuk perkongsian STEM, sesi Selangkah ke Universiti dan kelas kemahiran,” katanya menerusi Facebook.

Turut diadakan kelas memasak khas buat wanita selain aktiviti bersama pelajar bagi mengeratkan hubungan komuniti di kawasan Kota Damansara.

Beliau berkata program berkenaan bukan sahaja memberi motivasi kepada pelajar untuk terus mengejar peluang pendidikan lebih tinggi, malah menggalakkan penglibatan aktif masyarakat setempat.

“Program seperti ini penting untuk membina komuniti yang saling menyokong dan cakna terhadap pembangunan pendidikan,” katanya.

Tambahnya, usaha memperkasa pendidikan dan komuniti akan terus diperkukuhkan menerusi penganjuran program seumpama itu pada masa akan datang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.