Amaran ribut petir di KL, Selangor dan 10 negeri hingga 12 tengah malam

17 Mei 2026, 2:03 PM
Amaran ribut petir di KL, Selangor dan 10 negeri hingga 12 tengah malam

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta 10 negeri hingga 12 tengah malam ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis serta Kedah yang melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Pendang.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala amaran itu meliputi seluruh Kelantan.

Bagi Terengganu, kawasan terjejas ialah Besut dan Setiu, sementara di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong.

Di Selangor, keadaan cuaca sama diramalkan berlaku di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, manakala Jelebu di Negeri Sembilan turut berada dalam senarai amaran.

MetMalaysia memaklumkan amaran sama dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Di Sabah, kawasan dijangka dilanda cuaca buruk itu ialah Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau), Tawau serta Sandakan (Tongod dan Telupid).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.