ADN Kuala Kubu Bharu gesa baiki segera jambatan Batu Bertenggek

17 Mei 2026, 9:41 AM
ADN Kuala Kubu Bharu gesa baiki segera jambatan Batu Bertenggek
ADN Kuala Kubu Bharu gesa baiki segera jambatan Batu Bertenggek
ADN Kuala Kubu Bharu gesa baiki segera jambatan Batu Bertenggek

SHAH ALAM, 17 MEI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu mendesak tindakan segera dilakukan bagi menangani hakisan tanah dan kerosakan tebing yang mengancam struktur jambatan utama ke Air Terjun Batu Bertenggek, Kerling.

Pang Sock Tao berkata jambatan berkenaan penting sebagai laluan utama pengunjung ke kawasan tapak perkhemahan dan air terjun di situ.

"Jambatan ini adalah sangat penting bagi pengunjung-pengunjung tapak perkhemahan di air terjun.

"Kita panjangkan aduan kepada pihak JPS dan kita harap perhatian boleh diberi dan juga kerja-kerja penambahbaikan boleh disegerakan," katanya di Facebook.

Beliau yang turun padang bersama ahli majlis Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Elyn Law serta Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kampung Pasir miggu lalu berkata hakisan tanah menyebabkan struktur jambatan berpisah daripada jalan utama.

"Kalau kita tengok struktur di jambatan sini, dia telah berpisah dengan jalan utama. Kalau sebelah situ nampak dia masih kukuh. Ini disebabkan oleh hakisan tanah," katanya.

Beliau bagaimanapun memaklumkan struktur rasuk (beam) jambatan masih berada dalam keadaan baik dan kukuh, namun kerja pembaikan perlu dilaksanakan segera bagi memastikan keselamatan pengguna.

"Tengok sini boleh nampak 'beam' dia masih elok dan masih kukuh. Jadi kerja-kerja penambahbaikan harus disegerakan supaya struktur ini boleh kekal kukuh," katanya lagi.

Justeru, beliau berharap tindakan segera dapat diambil bagi menjamin keselamatan pengunjung dan penduduk Kampung Pasir yang menggunakan laluan berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.