Program TVET YRMS buka peluang pelajar dalami bidang automotif berteknologi tinggi

14 Mei 2026, 9:29 AM
Program TVET YRMS buka peluang pelajar dalami bidang automotif berteknologi tinggi

SHAH ALAM, 14 MEI: Program Bengkel Eksplorasi Diri anjuran Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) bersama Bermaz Auto Training School memberikan peluang kepada pelajar yang kurang cenderung dalam bidang akademik mendalami program kemahiran berkaitan permotoran.

Ketua Pegawai Eksekutif YMRS Muhammad Syazwan Mohd Daut berkata program itu disertai 20 pelajar tingkatan lima daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato’ Harun.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) Muhd Syazwan Mohd Daut bercakap kepada Media Selangor selepas majlis Self Discovery Workshop bersama Bermaz Auto Training School Discovery

"Pelajar dapat merasai sendiri pengalaman berada di institusi yang berkaitan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET)," katanya kepada Media Selangor.

Menurut Muhammad Syawan, bengkel berkenaan menumpukan bidang automotif termasuk pengendalian bateri voltan tinggi, Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) dan Light Detection and Ranging (LiDAR).

Jelas beliau, program dua peringkat yang dijalankan setiap tahun di semua daerah itu lebih menumpukan kenderaan bawah kendalian syarikat Bermaz Auto Berhad.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melihat kereta yang diterima ketika majlis Self Discovery Workshop bersama Bermaz Auto Training School Discovery di Pusat Latihan Bernaz Auto Berhad, Shah Alam pada 14 Mei 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, Muhammad Syawan menyaksikan sesi penyerahan sebuah kenderaan Mazda CX-8 bertema topografi Jugra kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang disempurkan oleh Ketua Kumpulan Selepas Jualan Bermaz Auto Dato' Shamsuddin Amran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.