MPAJ kompaun premis halang kaki lima di Pandan Indah

14 Mei 2026, 9:00 AM
MPAJ kompaun premis halang kaki lima di Pandan Indah

SHAH ALAM, 14 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan kompaun terhadap sebuah premis perniagaan di Pandan Indah atas kesalahan halangan di kaki lima dalam operasi pemantauan bersepadu semalam.

Operasi dijalankan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan di sekitar Pasar Pagi Pandan Perdana, Taman Cheras Indah dan Pandan Indah bagi memastikan pematuhan syarat pelesenan serta peraturan ditetapkan.

MPAJ memaklumkan hasil pemantauan di Pasar Pagi Pandan Perdana mendapati tiada penjaja menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi berkenaan.

Menurutnya, seorang penjaja turut didapati menutup operasi ketika anggota penguat kuasa tiba di lokasi.

“Pemantauan dijalankan bersama JKP dan penjaja berkenaan diberikan nasihat serta diminta beredar dengan segera. Tiada tindakan diambil,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Selain itu, pemantauan di sekitar Taman Cheras Indah turut dijalankan bagi memastikan aktiviti penjajaan mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan.

Di Pandan Indah pula, sebuah premis didapati mempunyai lesen perniagaan dan permit kerja pekerja warga asing yang sah, namun dikenakan kompaun atas kesalahan halangan di kaki lima.

Katanya, pemantauan berkala itu bukan sahaja memperkukuh aspek penguatkuasaan malah memberi pendidikan dan kesedaran kepada peniaga supaya sentiasa mematuhi syarat pelesenan serta menjaga ketenteraman kawasan awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.