Cuaca buruk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 4 petang

8 Mei 2026, 5:25 AM
Cuaca buruk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 4 petang

SHAH ALAM, 8 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri sehingga 4 petang ini.

Antara kawasan terjejas ialah Kedah (Sik dan Baling), Perak termasuk Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim serta Pahang melibatkan Cameron Highlands, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Amaran turut melibatkan seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, selain Negeri Sembilan termasuk Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Turut terjejas ialah Melaka dan Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan terlibat termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu dan Miri (Subis dan Beluru).

Sementara itu di Sabah, amaran melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat, selain Labuan.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran itu merupakan amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.