Jerut ibu hingga maut: Suspek positif dadah, direman tujuh hari

14 Nov 2026, 7:23 AM
Jerut ibu hingga maut: Suspek positif dadah, direman tujuh hari

SHAH ALAM, 14 NOV: Seorang lelaki yang dipercayai menjerut leher ibunya sehingga maut di sebuah rumah di Banting, Kuala Langat semalam direman hingga Jumaat depan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata ujian saringan awal air kencing suspek berusia 20-an itu juga didapati positif dadah methamphetamine.

“Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Semalam, Mohd Akmalrizal mengesahkan penahanan seorang lelaki berhubung kejadian seorang wanita tempatan berusia 50-an maut akibat dijerut susulan aduan diterima pada kira-kira 1 tengah hari.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.