Kes bunuh di Teluk Intan, dua warga asing antara empat ditahan

6 Nov 2026, 4:29 AM
Kes bunuh di Teluk Intan, dua warga asing antara empat ditahan

SHAH ALAM, 6 NOV: Polis menahan empat individu termasuk dua lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di Taman Banjar Jaya, Teluk Intan, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian, berkata tangkapan terbaharu membabitkan seorang lelaki tempatan yang ditahan semalam, manakala permohonan reman terhadap suspek itu dibuat hari ini, lapor Berita Harian.

Tiga lagi suspek yang ditahan pada awal pagi 4 November lalu terdiri seorang wanita tempatan dan dua lelaki warga asing.

"Suspek pertama seorang wanita tempatan serta dua lelaki warga asing direman bermula 4 hingga 11 November ini. Seorang lagi suspek lelaki tempatan ditahan semalam dan permohonan reman akan dibuat pagi ini," katanya

Suspek lelaki yang ditahan berusia lingkungan 30 hingga 40-an.

Dalam kejadian jam 3.53 petang pada 3 November lalu, seorang lelaki ditetak menggunakan senjata tajam di sebuah kedai di sekitar Teluk Intan.

Siasatan awal mendapati mangsa diserang tiga lelaki menggunakan parang dan motif kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.