EXCO: Baucar Kita Selangor akan diperluas, ibu atau bapa tunggal hilang kerja layak mohon

2 Mei 2026, 7:38 AM
EXCO: Baucar Kita Selangor akan diperluas, ibu atau bapa tunggal hilang kerja layak mohon
EXCO: Baucar Kita Selangor akan diperluas, ibu atau bapa tunggal hilang kerja layak mohon

SHAH ALAM, 2 MEI: Kerajaan Negeri bercadang memperluas pelaksanaan Baucar Kita Selangor, meliputi golongan ibu dan bapa tunggal yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan.

EXCO Kebajikan Anfaal Saari berkata, langkah itu bagi memastikan bantuan lebih bersasar kepada kumpulan rentan yang terjejas kerana diberhentikan kerja.

“Permohonan akan dibuka kepada ibu dan bapa tunggal yang layak dengan proses penilaian turut mengambil kira rekod caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi mereka yang kehilangan pekerjaan.

“Kerajaan Negeri juga sedang mendapatkan data serta membuat semak silang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan PERKESO, memandangkan individu diberhentikan kerja tidak lagi mencarum,” katanya kepada Media Selangor, hari ini.

Pada 16 April lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Baucar Kita Selangor 2026, iaitu bantuan RM100 sebulan selama enam bulan kepada 50,000 rakyat negeri ini bagi mengurangkan kos sara hidup, yang dijangka bermula Jun 2026.

Ia adalah sebahagian daripada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor dengan peruntukan RM131 juta, khusus bagi mendepani krisis geopolitik di Asia Barat ketika ini. 

Dalam perkembangan sama, Anfaal berkata Pakej Daya Tahan Ekonomi Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam turut membantu mengurangkan tekanan kewangan rakyat.

“Bantuan daripada kerajaan persekutuan akan memberi insentif positif bagi menyerap tekanan kewangan dalam tempoh seseorang itu kehilangan pekerjaan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.