Pengesahan permohonan Baucar Kita Selangor RM100 dibuka esok - MB

22 Jun 2026, 7:50 AM
Pengesahan permohonan Baucar Kita Selangor RM100 dibuka esok - MB
Pengesahan permohonan Baucar Kita Selangor RM100 dibuka esok - MB

SHAH ALAM, 22 JUN: Pengesahan permohonan bantuan Baucar Kita Selangor 2026 bernilai RM100 akan dibuka menerusi portal rasmi www.baucarkitaselangor.com bermula jam 12 tengah hari esok.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri turut memberikan ruang khas kepada ibu tunggal berpendapatan RM5,000 ke bawah untuk memohon bantuan berkenaan melalui portal sama.

“Kerajaan Negeri juga meneruskan program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang menyalurkan RM300 sebulan kepada 30,000 keluarga sebagai bantuan supaya mereka ini tidak jatuh ke dalam kepompong kemiskinan.

“Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM138 juta sebagai bantuan terus kepada rakyat supaya sebarang risiko peningkatan kos sara hidup tidak membawa kesan drastik kepada rakyat,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Selgate Corporation Dato’ Noor Hisham Mohd Ghouth ketika sidang media Baucar Kita Selangor selepas Sidang Khas Dewan Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 22 Jun 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Amirudin berkata bantuan yang disalurkan itu bersifat jangka pendek dan dilaksanakan seiring kerangka pemberdayaan rakyat bagi memastikan penerima tidak bergantung secara jangka panjang.

Jelasnya, inisiatif peningkatan kemahiran dan keupayaan akan digerakkan secara aktif dengan melibatkan semua penerima bantuan, termasuk Program Kerjaya Selangor yang akan diadakan tahun ini.

Sebelum ini, Amirudin dilaporkan berkata, Baucar Kita Selangor 2026 bernilai RM100 akan mula diagihkan kepada penerima yang layak bermula 30 Jun ini untuk tempoh enam bulan.

Seramai 50,000 penerima akan dipilih berdasarkan data yang diperoleh daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Baucar Kita Selangor merupakan antara inisiatif di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor dengan peruntukan RM131 juta bagi membantu rakyat menghadapi kesan ketidaktentuan ekonomi susulan krisis geopolitik di Asia Barat.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.