Saringan kesihatan percuma di tiga lokasi Mei ini

29 Apr 2026, 12:24 PM
Saringan kesihatan percuma di tiga lokasi Mei ini
Saringan kesihatan percuma di tiga lokasi Mei ini
Saringan kesihatan percuma di tiga lokasi Mei ini

SHAH ALAM, 29 APRIL: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri, Selangor Saring akan diteruskan ke tiga lokasi sepanjang Mei ini melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Banting, Pandamaran dan Hulu Kelang.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata bermula 9 pagi hingga 3 petang program akan berlangsung di Kompleks Sukan Pandamaran (10 Mei), Dewan Sri Jugra Telok Datok Banting (16 Mei) dan Dewan Serbaguna MPAJ AU5 (17 Mei).

“Ambil peluang ini, untuk melakukan saringan kesihatan percuma bagi pemeriksaan fizikal, darah, urin, kanser, mata, gigi dan lain-lain.

“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika ada masalah pendaftaran,” katanya menerusi Facebook.

Beliau menyarankan orang ramai mendaftar program Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana saringan ditawarkan berdasarkan penilaian faktor risiko individu melalui borang saringan awal di aplikasi.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi empat langkah berikut:

  • Muat turun aplikasi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah)

  • Tekan butang Selangor Saring

  • Isi borang soal selidik

  • Pilih lokasi dan tarikh program

Belanjawan Selangor 2026 memperuntuk RM2.5 juta bagi meneruskan Program Selangor Saring dan Selangor Kanser, yang menyediakan kemudahan saringan kesihatan percuma kepada rakyat.

Ia merupakan inisiatif kesihatan negeri yang menawarkan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengesan penyakit pada peringkat awal.

Antara pemeriksaan yang disediakan termasuk pemeriksaan fizikal, ujian darah dan air kencing, swab serviks, ujian prostat, mammogram, pemeriksaan mata, gigi, telinga, fisioterapi serta ujian darah okult najis imunokimia (iFOBT).

Program Selangor Saring sepanjang Mei 2026. Foto Facebook Jamaliah Jamaluddin

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.