Saringan kesihatan percuma di Batu Tiga pada 11 Oktober

8 Okt 2026, 12:00 AM
Saringan kesihatan percuma di Batu Tiga pada  11 Oktober

SHAH ALAM, 7 OKT: Orang ramai di Batu Tiga dan kawasan sekitar berpeluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma pada 11 Oktober ini.

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron berkata program Selangor Saring itu diadakan di Masjid Riadus-Solihin, Seksyen 17, dari 9 pagi hingga 3 petang.

Jelas beliau, pelbagai pemeriksaan disediakan termasuk saringan fizikal, darah, urin, kanser, mata, gigi dan telinga serta pemeriksaan fisioterapi.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program saringan kesihatan di kawasan Batu Tiga! Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma bagi pemeriksaan fizikal, darah, urin, kanser, mata, gigi dan lain-lain.

“Digalakkan membuat pendaftaran di aplikasi SeLangkah. Ujian saringan ditawarkan berdasarkan penilaian faktor risiko individu melalui borang saringan awal,” katanya menerusi Facebook.

Antara saringan penyakit tidak berjangkit yang ditawarkan ialah pemeriksaan berkaitan jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

Saringan kanser pula merangkumi kanser kolorektal, prostat, serviks dan payudara, manakala pemeriksaan mata melibatkan masalah rabun, glaukoma dan retina.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian hotline Selcare di 1-800-22-6600.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.