MBSA sita premis, tahan 16 warga asing dalam operasi bersepadu di Bukit Kemuning

27 Apr 2026, 3:08 AM
MBSA sita premis, tahan 16 warga asing dalam operasi bersepadu di Bukit Kemuning

SHAH ALAM, 27 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap premis perniagaan tanpa lesen serta pengusaha yang menggajikan warga asing tanpa permit sah menerusi operasi bersepadu di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 32 di sini, pada 22 April lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati enam premis terlibat, dengan empat daripadanya beroperasi tanpa lesen sah, manakala dua premis berlesen didapati melanggar syarat pelesenan.

“Tindakan penguatkuasaan telah diambil termasuk penutupan semua premis terbabit, sitaan peralatan di tiga premis serta penarikan balik dua lesen perniagaan kerana menggajikan warga asing tanpa permit sah.

“Dalam operasi sama, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor turut memeriksa 22 individu dan menahan 16 warga asing tanpa izin di bawah Akta Imigresen 1959/63 untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor melaksanakan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan ke atas premis perniagaan tanpa lesen sah serta perniagaan yang dikendalikan oleh bukan warganegara di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 32, Shah Alam pada 22 April 2026. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam

Terdahulu, operasi bermula jam 11 pagi itu diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MBSA, Sahrul Nizam Ahmad bersama Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 14, Seksyen 32b, Yogeswari Samynathan.

Seramai 40 anggota terlibat dalam operasi berkenaan membabitkan kakitangan MBSA Pejabat Cawangan Kota Kemuning, Jabatan Pelesenan MBSA, Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA serta JIM Selangor.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor melaksanakan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan ke atas premis perniagaan tanpa lesen sah serta perniagaan yang dikendalikan oleh bukan warganegara di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 32, Shah Alam pada 22 April 2026. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.