SHAH ALAM, 26 APRIL: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor selain Negeri Sembilan dan Melaka sehingga 7 malam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan di Selangor, hujan dijangka melanda daerah Kuala Selangor dan Sepang.
Di Kelantan kawasan terlibat ialah Pasir Mas dan Tanah Merah manakala Pahang di Jerantut dan Maran.
Sementara di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai. Di Sarawak Kawasan terlibat di Kuching (Bau dan Lundu), Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu dan Dalat) dan Limbang.
Di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau, Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.
Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.








