MPKj: Tindakan penalti terhadap kontraktor gagal patuhi spesifikasi

25 Apr 2026, 1:04 AM
MPKj: Tindakan penalti terhadap kontraktor gagal patuhi spesifikasi

SHAH ALAM, 25 APRIL: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menafikan dakwaan bahawa kontraktor pembersihan longkang menerima bayaran walaupun kerja tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKj menjelaskan sebaliknya tindakan penalti dikenakan terhadap kontraktor yang gagal mematuhi spesifikasi kerja ditetapkan.

Menurutnya, sepanjang 2025, 118 Notis Kegagalan dikeluarkan melibatkan pemotongan bayaran berjumlah RM136,115.75.

“Dakwaan kontraktor menerima bayaran penuh walaupun berlaku kegagalan di lapangan adalah tidak benar. Seperti termaktub dalam perjanjian, MPKj akan mengeluarkan Notis Kegagalan sebagai tindakan penalti sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

“Setiap bayaran kepada kontraktor pula tertakluk kepada pengesahan kerja di lapangan oleh pegawai penyelia,” katanya kepada Media Selangor.

MPKj menegaskan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap sebarang ketidakpatuhan, termasuk pengeluaran Notis Kegagalan serta pemotongan bayaran kepada kontraktor terlibat.

“Ketelusan turut dipastikan melalui pemantauan berterusan oleh pegawai teknikal, pelaksanaan audit dalaman serta penyediaan saluran aduan awam.

“Selain itu, prestasi kontraktor dinilai secara berkala bagi memastikan setiap peruntukan dibelanjakan secara berhemah, telus dan memberi manfaat maksimum kepada penduduk,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas terhadap laporan akhbar The Star bertajuk “Drains choked with grime, rodents” pada 14 April lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.