Amaran cuaca buruk: Selangor, KL dijangka hujan lebat

24 Apr 2026, 11:17 AM
Amaran cuaca buruk: Selangor, KL dijangka hujan lebat

SHAH ALAM, 24 APRIL: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan antara kawasan terjejas di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Turut terlibat beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan, selain kawasan di Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti tinggi melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku lebih daripada satu jam.

Amaran tersebut merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.