Polis Selangor terima 30 komputer, perkukuh siasatan jenayah digital

23 Apr 2026, 12:34 PM
Polis Selangor terima 30 komputer, perkukuh siasatan jenayah digital

KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyempurnakan penyerahan 30 unit komputer kepada pasukan D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi memperkukuh keupayaan siasatan berdepan ancaman jenayah digital yang semakin kompleks.

Beliau berkata inisiatif itu juga mencerminkan pentingnya kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melindungi wanita, kanak-kanak serta golongan rentan, selain memastikan ruang digital negara kekal selamat.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga PDRM atas jasa, pengorbanan dan komitmen dalam memelihara keamanan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fahmi turut berharap PDRM terus diberi kekuatan untuk melaksanakan amanah dengan cemerlang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.