Pelajar kelas pemulihan Selangor turun kepada 17,000

23 Apr 2026, 8:33 AM
Pelajar kelas pemulihan Selangor turun kepada 17,000
Pelajar kelas pemulihan Selangor turun kepada 17,000
Pelajar kelas pemulihan Selangor turun kepada 17,000

SHAH ALAM, 23 APRIL: Jumlah pelajar yang mengikuti kelas pemulihan di negeri ini menunjukkan penurunan kepada kira-kira 17,000 orang tahun ini berbanding 25,000 tahun lalu.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata Program Didik Kasih (PDK) dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada perkembangan positif tersebut.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor(tengah) bersama pengetua dan guru dalam daerah Petaling dalam Majlis Penyerahan Modul Porgram Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan Program Didik Kasih di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway, Petaling Jaya pada 23 April 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

"Kita dimaklumkan jumlah murid tahun dua hingga enam di seluruh negeri yang memasuki kelas pemulihan berkurang daripada 25,000 kepada 17,000 tahun ini.

"Ini menunjukkan langkah intervensi Kerajaan Negeri melalui penyediaan modul PDK, selain inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi kokurikulum, memberi kesan yang jelas," katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Modul Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan PDK 2026 bagi daerah Petaling Perdana di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway, hari ini.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (dua, kiri) menyampaikan Modul Porgram Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sunway Kamarul Ariffin Mokhtaruddin (tiga, kanan) di SMK Bandar Sunway, Petaling Jaya pada 23 April 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, seramai 26,572 pelajar tingkatan empat dan lima di daerah berkenaan menerima modul PTRS, manakala 3,128 murid pemulihan tahun dua hingga enam menerima modul PDK.

Menurut Azri, sebanyak 45 sekolah menengah serta 92 sekolah rendah di Petaling Perdana terlibat menerima modul tersebut hari ini.

"Modul ini diberikan secara percuma sebagai usaha Kerajaan Negeri memastikan tiada pelajar tercicir dan terus mendapat bantuan.

"Kita berharap inisiatif ini dapat membantu kelancaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mengurangkan bilangan murid yang memerlukan kelas pemulihan," katanya.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor melihat Modul Porgram Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) selepas majlis penyerahan modul tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway, Petaling Jaya pada 23 April 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.