ADN Bandar Utama santuni mangsa ribut, pastikan kebajikan terjaga

21 Apr 2026, 6:45 AM
ADN Bandar Utama santuni mangsa ribut, pastikan kebajikan terjaga

SHAH ALAM, 21 APRIL: Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin turun padang meninjau keadaan penduduk yang terjejas akibat ribut dan banjir kilat di sekitar Bandar Utama baru-baru ini.

Kejadian itu memberi kesan kepada beberapa kawasan termasuk Kampung Kayu Ara, Kampung Chempaka dan SS4D.

Menurut Jamaliah, pihaknya bersama pasukan Pusat Khidmat telah melawat rumah-rumah mangsa bagi mengenal pasti keperluan bantuan yang diperlukan.

“Kami turun padang untuk melihat sendiri keadaan dan memastikan setiap mangsa mendapat bantuan yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan terus komited membantu penduduk terjejas dan memastikan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian.

Orang ramai yang turut terkesan digalakkan menghubungi Pusat Khidmat ADN Bandar Utama atau hadir secara terus bagi mendapatkan bantuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.