23 pertubuhan, komuniti Bandar Utama terima Geran Pro-Komuniti 4.0

24 Jun 2026, 3:07 AM
23 pertubuhan, komuniti Bandar Utama terima Geran Pro-Komuniti 4.0

SHAH ALAM, 24 JUN: Sebanyak 23 pertubuhan dan komuniti setempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menerima Geran Pro-Komuniti 4.0 sebagai sokongan pelaksanaan pelbagai inisiatif kemasyarakatan di kawasan berkenaan.

Wakil rakyatnya, Jamaliah Jamaluddin berkata geran tersebut merupakan antara usaha untuk memperkasa peranan komuniti dalam merancang dan melaksanakan program yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Saya sentiasa percaya bahawa banyak idea dan program yang memberi impak kepada masyarakat bermula daripada komuniti sendiri yang paling memahami keperluan kawasan masing-masing,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurutnya, inisiatif itu juga mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh pembangunan sosial menerusi penglibatan aktif komuniti di peringkat akar umbi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penerima atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan dalam memperkasa komuniti setempat.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua penerima geran.

“Semoga bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk memperkukuh semangat kejiranan, menggalak penglibatan masyarakat, serta membawa manfaat kepada penduduk,” katanya.

Jamaliah berharap peruntukan yang diterima dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjayakan projek dan program yang telah dirancang sepanjang tahun.

Turut hadir Ahli Majlis Zon 4, Mohd Ikhshan Mohd Din; Ahli Majlis Zon 5, Wong Swee Sang; Ahli Majlis Zon 6, Quratulain Atiqah dan Ahli Majlis Zon 7, Leong Chee Cheng.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.