Program prihatin ringankan bebas kos sara hidup, 200 penduduk terima bantuan

19 Apr 2026, 4:52 AM
Program prihatin ringankan bebas kos sara hidup, 200 penduduk terima bantuan
Program prihatin ringankan bebas kos sara hidup, 200 penduduk terima bantuan
Program prihatin ringankan bebas kos sara hidup, 200 penduduk terima bantuan

SHAH ALAM, 19 APRIL: Seramai 200 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Banting menerima sumbangan beras dan barangan dapur menerusi Program Prihatin Kampung Baru, kelmarin.

Program komuniti itu turut menekankan elemen kelestarian melalui pelaksanaan inisiatif kitar semula dalam kalangan penduduk setempat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Banting Papparaidu Veraman berkata bantuan berkenaan bertujuan meringankan beban golongan memerlukan.

“Seramai 200 penerima menerima sumbangan beras dan barangan dapur bagi membantu mengurangkan kos sara hidup,” maklumnya menerusi kenyataan Facebook.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Banting Papparaidu Veraman berucap ketika Program Prihatin Kampung Baru pada 17 April 2026. Foto Facebook Papparaidu Veraman

Beliau berkata program itu turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Jenjarom serta Persatuan Penganut Dewa Tung Loh Sungai Jarom.

Dalam masa sama, Pusat Kitar Semula Komuniti digerakkan bagi menggalakkan penduduk mengamalkan budaya kitar semula.

“Penduduk digalakkan menghantar bahan seperti kertas, surat khabar, buku, kotak, majalah dan pakaian terpakai bagi mengurangkan sisa pepejal,” katanya.

Tambahnya, usaha berterusan itu mampu memperkukuh semangat kebersamaan serta membina komuniti lebih lestari dan sejahtera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.